Monday, December 30, 2013
Sunday, May 12, 2013
Apa Itu KSSR ?
7:04 PM
No comments
KURIKULUM baru sekolah rendah yang
dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan diperkenalkan
pada 2011 dengan subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang
lebih interaktif. Kurikulum tersebut bakal menggabungkan beberapa subjek
menjadi satu selain turut akan memperkenalkan satu subjek baru yang bertema semangat
kenegaraan dan patriotik. KSSR akan mula diperkenalkan dan diterapkan kepada
murid tahun satu kerana kesesuaian murid tersebut yang baru menduduki alam
persekolahan atau peringkat awal pendidikan mereka.
Penerapan dari peringkat awal akan
membantu memudahkan perjalanan serta pembelajaran murid-murid tersebut yang
akan melangkah ke tahun-tahun seterusnya sejajar dengan perubahan umur. Ketua
Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR tidak
akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR). Melalui KSSR katanya, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan
modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru sedang disedia dan
dilatih untuk KSSR. Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid
sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Pendekatan teknik pengajaran dan
pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia
melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi
guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan
matlamat kerajaan. Buat peringkat permulaan, sebanyak 500 buah sekolah telah
menjalani uji rintis mulai 31 Mac 2009 sehingga akhir Jun 2009.Sebanyak 50 buah
sekolah akan menjalani uji rintis semua mata pelajaran manakala sekolah
selebihnya akan menjalani uji rintis dalam mata pelajaran terpilih.KSSR
membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul
Asas Tema dan Modul Asas Elektif. Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3)
akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul)
serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan
sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.
Sementara tahap dua sekolah rendah
(tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran
asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai. Selain
itu, kementerian juga akan memperkenalkan Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK) bagi murid-murid prasekolah berumur lima dan enam tahun
seluruh negara.
Pada peringkat ini pula, tumpuan akan
diberikan kepada perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif,
sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan awal mengenai kemahiran
4M. KSPK akan memudahkan lagi murid-murid prasekolah ini untuk menyediakan
mereka memasuki alam persekolahan selain pendekatan yang lebih mesra dan
menarik digunakan bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak prasekolah.
Definisi Matematik
5:57 PM
No comments
Matematik ialah satu bidang
ilmu yang mengkaji kuantiti, struktur, ruang dan perubahan. Ahli matematik
mencari pola[1][2], memformulasikan konjektur yang baru, dan menghasilkan fakta
dengan deduksi rapi dari aksiom dan definisi yang dipilih dengan baik[3].
Terdapat percanggahan
pendapat samada objek matematik seperti nombor wujud secara semula jadi,
ataupun hasil ciptaan manusia. Ahli matematik Benjamin Peirce menggelar
matematik sebagai "sains yang memberi kesimpulan yang sewajarnya"[4].
Albert Einstein sebaliknya menyatakan "selagi hukum matematik itu merujuk
kepada realiti, maka ia tidak pasti, dan selagi ia pasti, ia tidak merujuk
kepada realiti"[5].
Dengan penggunaan
pengabstrakan dan penaakulan logik, matematik berevolusi dari pembilangan,
pengiraan, pengukuran, dan kajian sistematik terhadap bentuk dan pergerakan
objek fizikal. Matematik gunaan telah wujud dalam aktiviti seharian manusia
sejak kewujudan rekod bertulis. Hujah yang rapi mula wujud dalam Matematik
Yunani, antara yang terkenal ialah karya Euclid, Elemen. Matematik kemudiannya
terus berkembang, contohnya di China pada kurun ke-3 sebelum masihi, di India
pada kurun pertama masihi dan di dunia Islam pada kurun ke-8 masihi, sehingga
kemunculan Zaman Pembaharuan, apabila penciptaan matematik berinteraksi dengan
penemuan saintifik yang baru, membawa kepada peningkatan yang sangat besar
dalam penemuan matematik yang kekal berterusan sehingga hari ini[6].
Matematik digunakan di
seluruh dunia sebagai alat penting di dalam pelbagai bidang, termasuklah sains
semula jadi, kejuruteraan, perubatan dan sains sosial. Matematik gunaan, satu
cabang matematik yang mengkaji aplikasi ilmu matematik ke dalam bidang lain,
memberi inspirasi dan memanfaatkan penemuan matematik yang baru dan kadangkala
menjadi pencetus kepada pembangunan disiplin matematik yang baru sepenuhnya
seperti statistik dan teori permainan. Ahli matematik juga terlibat dalam
matematik tulen, satu cabang matematik yang khusus untuk bidangnya sahaja,
tanpa aplikasi ke dalam bidang yang lain, walaupun aplikasi yang praktikal
untuk apa yang bermula sebagai matematik tulen sering ditemui.
Sumber : Wikipedia.com
Saturday, May 11, 2013
Video Pengajaran Matematik Tahun 2 KSSR Sekolah Rendah
7:30 PM
No comments
Salam Sejahtera.
Jom Kita lihat Cara Membaca Jam
Pemetaan Evidens
7:05 PM
No comments
Berikut adalah jadual pemetaan evidens yang digunapakai oleh saya sendiri untuk subjek matematik Tahun 2 KSSR
Dokumen pemetaan evidens boleh didapati di sini
* Pemetaan evidens ini adalah sangat penting untuk guru-guru yang mengajar matematik KSSR
Friday, May 10, 2013
Video Kaedah Mengajar Darab Nombor
Salam Sejahtera
Berikut adalah contoh video kaedah pengajaran darab nombor untuk murid sekolah rendah
BBM Matematik KSSR Tahun 2 - Nombor Bulat
Salam sejahtera
Beberapa Bahan Bantu Mengajar Matematik Tahun 2 untuk dikongsi bersama
Bahan 1 -Nombor Bulat
Bahan 3 - Tambah Nombor
Bahan 3 - Tolak Nombor
Beberapa Bahan Bantu Mengajar Matematik Tahun 2 untuk dikongsi bersama
Bahan 1 -Nombor Bulat
Bahan 3 - Tambah Nombor
Bahan 3 - Tolak Nombor
RPH Matematik Tahun 2 KSSR - Tambah
RPH Matematik Tahun 2 - Tajuk Tambah
RPH 1
RPH 1
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
(Berserta Program LINUS - Numerasi)
Mata
Pelajaran : Matematik Tahun Satu Cenderawasih
Tajuk : Tambah
Masa : 60 minit
Standard
Pembelajaran : 2.1 (i)
Objektif
Pembelajaran:
Pada akhir
pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
a. Menyatakan pasangan nombor bagi kumpulan
objek yang diberi.
b. Menyebut nombor bagi jumlah objek pasangan
kumpulan yang diberi
c. Membina kombinasi dua nombor bagi jumlah
objek yang diberi.
Aktiviti
Pengajaran dan Pembelajaran:
Murid
Perdana
1. Murid di tunjukkan dengan satu kad nombor dan
murid-murid di kehendaki mengelaskan nombor mengikut nilai tempat.
2. Murid di dedahkan dengan penambahan
menggunakan dekak- dekak .
3. Murid di bimbing untuk menyelesaikan soalan
operasi tambah dengan menggunakan bentuk lazim.
4. Murid menjalankan aktiviti kumpulan. Setiap
kumpulan di hendaki menyelesaikan “Puzzle” melibat soalan penambahan dengan
menggunakan bentuk lazim.
5. Kumpulan yang berjaya menyelesaikan “Puzzle”
akan di berikan lembaran kerja untuk di selesaikan.
Murid
LINUS
(Numerasi)
1. Bimbing murid untuk menyelesaikan soalan penambahan
melibatkan dua digit dengan satu digit tidak lebih dari nilai 20 tanpa
mengumpul semula dengan menggunakan:
·
Dekak-dekak
·
Benda maujud seperti batu dan biji saga.
2. Murid-murid di berikan lembaran kerja
melibatkan penambahan nombor.
Elemen
Merentas Kurikulum (EMK):
·
Perbendaharaan kata merujuk situasi tambah.
Bahan
Bantu Belajar:
Batu, biji
saga, dekak-dekak. puzzle.
Penilaian
Pengajaran dan Pembelajaran:
Penilaian
melalui pemerhatian semasa P&P dan perbincangan.
Refleksi:
RPH 2
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
(Berserta Program LINUS - Numerasi)
Mata
Pelajaran : Matematik Tahun Dua Smart
Tajuk : Tambah
Masa : 60 minit
Standard
Pembelajaran : 2.1 (ii) (c)
Objektif
Pembelajaran:
Pada
akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
Menambah
sebarang dua nombor hingga tiga digit dengan mengumpul semula dari:
a. sa
ke puluh dan puluh ke ratus
hasil
tambahnya hingga 1000.
Aktiviti
Pengajaran dan Pembelajaran:
Murid
Perdana
1. Murid diperkenalkan nilai tempat sa,puluh dan
ratus bagi nombor tiga digit menggunakan kad nombor.
2. Murid menulis nombor tiga digit mengikut
nilai tempat dengan menambah satu nombor dalam bentuk lazim.
3. Murid menambah nombor tersebut dari tempat sa
dan mengumpul semula ke tempat puluh dan mengumpul semula ke tempat ratus.
Murid
LINUS (Numerasi)
1. Soaljawab mengenai tambah sebarang dua nombor
hingga 2-digit nombor
o Seorang
murid masukkan sebiji bola ke dalam bakul.
o Soaljawab
mengenai bilangan bola yang ada dalam bakul
o Masukkan
lagi sebiji bola ke dalam bakul.
(aktiviti
berterusan untuk bilangan yang lain pula)
2. Bimbing murid menambah menggunakan bentuk
lazim.
3. Murid diberi lembaran kerja sebagai aktiviti
pengukuhan.
Elemen
Merentas Kurikulum (EMK):
·
Kreativiti,
kerjasama,berdisiplin.
·
Perbendaharaan kata merujuk
situasi tambah.
RPH 3
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
(Berserta Program LINUS - Numerasi)
Mata Pelajaran : Matematik Tahun Dua Bijak
Tajuk : Tambah
Masa : 60 minit
Standard Pembelajaran : 2.1
(ii)
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir
pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
b . Menambah sebarang dua nombor hingga tiga digit
dengan mengumpul semula dari puluh ke
ratus.
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:
Murid Perdana
1.
Bersoal jawab dengan murid tentang
- gabungan
dua blok asas yang berlainan nilai.
-kad
gambar dua kumpulan objek
2. Murid menambah dengan mengumpul semula
menggunakan dekak-dekak.
3. Aktiviti berkumpulan bagi aktiviti menambah
bagi mengumpul semula kombinasi nombor.
4. Aktiviti pengayaan dan pemulihan.
Murid LINUS (Numerasi)
1. Bersoal jawab dengan murid tentang dua
kumpulan objek berlainan nilai.
- Murid diminta membilang guli di dalam
setiap gelas.
- Soal jawab mengenai jumlah guli yang ada dalam bagi kedua-dua gelas.
2. Memperkenalkan kaedah menambah dengan
menggunakan petak nombor 100. Bimbing
murid menggunakan petak nombor 100.
3. Aktiviti pengukuhan dengan mengulang aktiviti
menambah bagi kombinasi dua nombor
tanpa mengumpul semula.
Elemen
Merentas Kurikulum (EMK):
·
Kreativiti (membina kumpulan objek, kombinasi
dua nombor)
·
Perbendaharaan kata merujuk situasi tambah.
Bahan
Bantu Belajar:
Alat
pembilang (blok asas, dekak-dekak), kad gambar,
Penilaian
Pengajaran dan Pembelajaran:
Penilaian
melalui pemerhatian semasa P&P dan perbincangan.
Refleksi:
23 daripada
26 orang murid mencapai objektif pembelajaran. Murid yang belum menguasai akan dibimbing
di kelas yang akan datang.
Subscribe to:
Posts (Atom)