Friday, May 10, 2013

RPH Matematik Tahun 2 KSSR - Tambah

RPH Matematik Tahun 2 - Tajuk Tambah



RPH 1 



RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
(Berserta Program LINUS - Numerasi)


Mata Pelajaran                     :     Matematik Tahun Satu Cenderawasih
Tajuk                                    :     Tambah
Masa                                    :     60 minit
Standard Pembelajaran       :     2.1 (i)
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
a.   Menyatakan pasangan nombor bagi kumpulan objek yang diberi.
b.   Menyebut nombor bagi jumlah objek pasangan kumpulan yang diberi
c.   Membina kombinasi dua nombor bagi jumlah objek yang diberi.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:
Murid Perdana
1.   Murid di tunjukkan dengan satu kad nombor dan murid-murid di kehendaki mengelaskan nombor mengikut nilai tempat.
2.   Murid di dedahkan dengan penambahan menggunakan dekak- dekak .
3.   Murid di bimbing untuk menyelesaikan soalan operasi tambah dengan menggunakan bentuk lazim.
4.   Murid menjalankan aktiviti kumpulan. Setiap kumpulan di hendaki menyelesaikan “Puzzle” melibat soalan penambahan dengan menggunakan bentuk lazim.
5.   Kumpulan yang berjaya menyelesaikan “Puzzle” akan di berikan lembaran kerja untuk di selesaikan.

Murid LINUS (Numerasi)
1.   Bimbing murid untuk menyelesaikan soalan penambahan melibatkan dua digit dengan satu digit tidak lebih dari nilai 20 tanpa mengumpul semula dengan menggunakan:
·         Dekak-dekak
·         Benda maujud seperti batu dan biji saga.
2.   Murid-murid di berikan lembaran kerja melibatkan penambahan nombor.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK):
·         Perbendaharaan kata merujuk situasi tambah.

Bahan Bantu Belajar:
Batu, biji saga, dekak-dekak. puzzle.

Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran:
Penilaian melalui pemerhatian semasa P&P dan perbincangan.

Refleksi:


RPH 2


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
(Berserta Program LINUS - Numerasi)

Mata Pelajaran                     :     Matematik Tahun Dua Smart
Tajuk                                    :     Tambah
Masa                                    :     60 minit
Standard Pembelajaran       :     2.1 (ii) (c)
Objektif Pembelajaran:

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
Menambah sebarang dua nombor hingga tiga digit dengan mengumpul semula dari:
a.   sa ke puluh dan puluh ke ratus
hasil tambahnya hingga 1000.     

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:
Murid Perdana
1.   Murid diperkenalkan nilai tempat sa,puluh dan ratus bagi nombor tiga digit menggunakan kad nombor.
2.   Murid menulis nombor tiga digit mengikut nilai tempat dengan menambah satu nombor dalam bentuk lazim.
3.   Murid menambah nombor tersebut dari tempat sa dan mengumpul semula ke tempat puluh dan mengumpul semula ke tempat ratus.

Murid LINUS (Numerasi)
1.   Soaljawab mengenai tambah sebarang dua nombor hingga 2-digit nombor
o   Seorang murid masukkan sebiji bola ke dalam bakul.
o   Soaljawab mengenai bilangan bola yang ada dalam bakul
o   Masukkan lagi sebiji bola ke dalam bakul.
(aktiviti berterusan untuk bilangan yang lain pula)
2.   Bimbing murid menambah menggunakan bentuk lazim.
3.   Murid diberi lembaran kerja sebagai aktiviti pengukuhan.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK):
·         Kreativiti, kerjasama,berdisiplin.
·         Perbendaharaan kata merujuk situasi tambah.

RPH 3 


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
(Berserta Program LINUS - Numerasi)


Mata Pelajaran                   :     Matematik Tahun Dua Bijak
Tajuk                                   :     Tambah
Masa                                    :     60 minit
Standard Pembelajaran    :     2.1 (ii)
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
b .  Menambah sebarang dua nombor hingga tiga digit dengan mengumpul semula dari puluh      ke ratus.


Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:

Murid Perdana
1.    Bersoal jawab dengan murid tentang
- gabungan dua blok asas yang berlainan nilai.
-kad gambar dua kumpulan objek
2.   Murid menambah dengan mengumpul semula menggunakan dekak-dekak.
3.   Aktiviti berkumpulan bagi aktiviti menambah bagi mengumpul semula kombinasi nombor.
4.   Aktiviti pengayaan dan pemulihan.

Murid LINUS (Numerasi)
1.   Bersoal jawab dengan murid tentang dua kumpulan objek berlainan nilai.
              - Murid diminta membilang guli di dalam setiap gelas.
              - Soal jawab mengenai jumlah guli yang ada dalam bagi kedua-dua gelas.
2.   Memperkenalkan kaedah menambah dengan menggunakan petak nombor 100. Bimbing     
      murid menggunakan petak nombor 100.
3.   Aktiviti pengukuhan dengan mengulang aktiviti menambah bagi kombinasi dua nombor    
      tanpa mengumpul semula.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK):
·         Kreativiti (membina kumpulan objek, kombinasi dua nombor)
·         Perbendaharaan kata merujuk situasi tambah.

Bahan Bantu Belajar:
Alat pembilang (blok asas, dekak-dekak), kad gambar,

Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran:
Penilaian melalui pemerhatian semasa P&P dan perbincangan.

Refleksi:
23 daripada 26 orang murid mencapai objektif pembelajaran. Murid yang belum menguasai akan dibimbing di kelas yang akan datang.
 

0 comments:

Post a Comment